Benteng Diri

Salah satu cara benteng diri yang ingin dikongsi secara terbuka melalui blog ini:
Benteng diri adalah satu perkara yang sangat mustahak dan tidak boleh dipandang remeh. Selain dari mempersiapkan diri dengan ilmu silat (zahir), ia juga memerlukan kepada benteng kebatinan, Sediakanlah payung sebelum hujan, janganlah sampai diri “terkena” dahulu baru nak benteng diri. Dalam usaha untuk membentengi diri dari sekelian perkara yang tidak kita ingini, samaada kejahatan yang dilakukan oleh musuh-musuh, pencuri, perompak, sihir, santau, pukau, binatang buas, kejahatan jin dan lain-lain lagi, maka hendaklah kita membentengi diri kita dengan benteng yang paling ampuh. Dan tidak ada benteng yang paling ampuh dan paling utama melainkan Ayatul Kursi.
Ayat yang diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat semasa diturunkan dari langit ini juga dinamakan Sayyidul Quran dan qutubul aurad. Inilah benteng yang paling ampuh anugerah Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., tiada lagi benteng yang dapat menandinginya.
Mengikut petua orang tua melayu, ayatul kursi ini hendaklah dibaca dengan kaedah wakaf sembilan dan ayat yang terakhir hendaklah diulang-ulangkan sebanyak 7 kali, berikut kaifiatnya :
• Bacaan pertama tiup ke hadapan.
• Bacaan kedua tiup ke belakang.
• Bacaan ketiga tiup ke kanan
• Bacaan keempat tiup ke kiri.
• Bacaan kelima tiup ke atas.
• Bacaan keenam tiup ke bawah.
• Bacaan ketujuh, tarik nafas, telan air liur dan tiup perlahan-lahan kedada.